Yes GAP!
Wednesday, February 18, 2009

For this blog I've set an English (or Manglish) policy for this blog medium. (For Bahasa medium you're welcome to my Friendster blog: Aku and to have a peek of what I read you're welcome to my multiply- my personal cut&paste storage.)
Nevertheless, I'm the policy maker here. This post will be in Malay:
Aku si Perancis.
Berbahasa Inggeris di negeriku,
kau akan menjadi antagonis pada pandangan ku.
Tiap ucapmu bagai luka di Waterloo.
Aku si Russia.
Berbahasa Inggeris di negeriku,
kau adalah lukut untukku injak.
Perang dingin belum tamat... apa engkau Amerika?
Aku si Malangsia
Berbahasa Inggeris di negeriku,
kau adalah lambang kemajuan.
Dengan pelat-pelat belacan: 'You're our life saviour!'
Wiski di pagi hari, Marlboro 4-5 batang sehari.
(Maaf, di atas nukilan prosa kasar yang menjengkelkan dan melanggar kesantunan bahasa Melayu)
Jika anda masih belum beriman atas kenapa perlunya bahasa ibunda menjadi bahasa sumber ilmu. Bacalah artikel-artikel Prof. Awang Sariyan dan orang-orang yang ahli.
Perjuangan bahasa ibunda bukan sekadar suntikan sentimen romantisme atau sentimentalisme. Percayalah kawan, bahasa ini entiti hidup.
Mengapa kita ragut haknya di tanahnya sendiri?
Kita tutup nafasnya dan kita matikannya dalam keilmuan?
Apakah ia hanya berhak hidup dalam perhubungan yang juga sesak dan tenat?
Pergh aku beretorik....
Apapun kawan, mesej ku, bacalah... bacalah sampai kau dan aku menemui titik rasional akan perlunya bahasa ibunda dalam dunia ilmu atau sebaliknya.
Aku tak menafikan kepentingan bahasa Inggeris tapi aku benci orang yang memperlekehkan potensi Bahasa Melayu dalam dunia ilmu.
'Kholaqol insan, Allamhul bayan- Dia menciptakan manusia dan Dia yang mengajar manusia berbicara (Ar-rahman:3-4).
Wallahua'lam.
Nyatakan sokongan dan sain petisyen berikut:

http://www.pkpim.net/v2/info/petisyen.html
Mengapa perlu sokong? Bacaan yang disyorkan:
'Bahasa sumber ilmu bukan masalah besar' (PROF. DR. AWANG SARIYAN)
Bahasa Melayu menjamin survival budaya bangsa (PROF. EMERITUS ABDULLAH)
Mansuhkan PPSMI (Dato' Dr Hassan Ahmad)


6 comments:
anda di tag..!!
alaa jajan... baru ditag type yang sama...
refer entri yang lepas je la ye...huhu...
elee..xkan xde bende yg baru kot..takpe2..
weh, ko jadi photography ke..?? gambo aku bnyak..??
nakk..nakk..
Entry yang menarik... good2
aku x score pun BM aku time spm.. hehehehe...
jajan,
pic ada... tapi tak banyak sangat la...
tapi mahu lagi best nanti aku cuba tanya rakaman show korang... pic cam corder masa tu adalah bos aku si shahrul...
fifi,
jangan lupa sain petisyen.. klik kat link ye...hoho
bro. fadli,
peristiwa pahit usah dikenang...
haha...
Post a Comment